Friday 30 November 2012

apakah pecaturan k rajagopal



Apek, Farizal janji gawang negara tak dibolosi
Kuala Lumpur: Siapa pun menjadi pilihan Datuk K Rajagobal malam ini, kedua-dua penjaga gol negara - Khairul Fahmi Che Mat dan Farizal Marlias - bersedia memastikan gawang negara tidak dibolosi Indonesia sekiranya diturunkan. 

Kharul atau Apek yang menjadi wira Piala Suzuki AFF 2010 diturunkan

pada perlawanan pertama menentang Singapura tetapi menjadi sasaran kemarahan Rajagobal gara-gara kesilapan mudah dilakukannya, menyebabkan dia disisihkan menentang Laos. 

Saya tidak mempunyai masalah untuk menurunkan mana-mana penjaga gol, kedua-duanya sama hebat” K Rajagobal

Farizal yang menggantikan posisi Apek bagaimanapun tidak teruji ketika Harimau Malaya mudah membaham Laos 4-1, Rabu lalu.

Namun, pada perlawanan penting malam ini yang akan menentukan perjalanan negara pada kempen kali ini, siapa yang bakal diturunkan menjadi tanda tanya.

Kualiti sama

"Kedua-dua penjaga gol mempunyai kualiti sama," kata Rajagobal. "Saya tidak mempunyai masalah untuk menurunkan mana-mana penjaga gol, kedua-duanya sama hebat.” 
Bagaimanapun, bagi Apek yang aksinya dipersoalkan ketika tewas 3-0 di tangan Singapura berkata: "Saya tetap bersedia sekiranya diturunkan jurulatih. Saya akan memainkan peranan saya di dalam pasukan dan memastikan gawang tidak dibolosi."

Sementara itu, Farizal yang masih dibayangi kehebatan Khairul Fahmi berpendapat, persaingan antara posisi di dalam skuad membuktikan betapa pasukan kali ini dibarisi pemain terbaik negara.


"Siapa lebih hebat tidak penting, sasaran kami hanya untuk memperoleh kemenangan," katanya yang dibolosi satu gol ketika kemenangan ke atas Laos.

Hi

Selamat pagi !